MengenaiKami
LATAR BELAKANG

Dengan usaha untuk pembangunan mampan, Malaysia telah menggunakan sistem Pengurusan Hutan Mampan sejak tahun 1996. Dasar ini menyaksikan pengurangan dalam jumlah bahan mentah dari hutan semula jadi kerana pengekstrakan pokok dikawal melalui pemotongan tahunan yang dibenarkan mengikut amalan yang mampan.

Sama seperti di tempat lain di dunia, Malaysia mengiktiraf perladangan pokok perindustrian sebagai salah satu penyelesaian untuk menambah kekurangan bekalan kayu untuk mengekalkan pembangunan industri hiliran berasaskan kayu.

Di bawah Rancangan Malaysia ke-9, Kerajaan memperkenalkan satu dasar baru yang dikenali sebagai Program Pembangunan Ladang Hutan. Pada 13 Februari 2006, Forest Plantation Development Sdn Bhd telah ditubuhkan oleh Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia (MTIB) untuk mempromosikan, melaksanakan dan menguruskan peruntukan program RM1.045 bilion.

Dalam unjuran awalnya, dana itu dijangka mampu membangunkan 375,000 hektar ladang dengan sasaran penanaman tahunan sebanyak 25,000 hektar dalam tempoh 15 tahun. Walau bagaimanapun, pada tahun 2010, jangkaan tersebut telah dikurangkan kepada 130,000 hektar selepas langkah merasionalisasikan kos pelaburan bagi perladangan hutan yang tinggi.

Program ini menyokong pemulihan hutan yang terdegradasi, penceroboh hutan, tanah yang tidak produktif, dan kawasan hutan yang tidak membangun melalui penanaman spesies kayu yang bernilai tinggi dan cepat membesar.

Melalui penyediaan kemudahan pinjaman dengan kadar yang rendah, Program ini telah memastikan penyertaan aktif sektor swasta dalam pembangunan perladangan hutan komersil. Ia adalah Program jangka panjang yang akan melengkapkan amalan pengurusan hutan lestari selain untuk menyediakan perlindungan yang diperlukan untuk memulihara hutan semula jadi bagi menjana ekonomi dan menjaga ekologinya.



FUNGSI

Menggalakkan penubuhan ladang hutan komersial bagi memastikan kelestarian bekalan bahan mentah untuk industri pemperosesan hiliran.         

Menjamin dana sama ada secara tempatan atau antarabangsa bagi menyokong penubuhan ladang hutan komersil. 

Menyediakan pinjaman mudah kepada agensi kerajaan negeri dan syarikat swasta yang berminat dengan pembangunan ladang hutan. 
Menyelaraskan  aktiviti berkaitan penubuhan dan pembangunan ladang hutan serta pengurusan silvilkultur kawasan pembangunan.
Membangunkan pusat perdagangan kayu yang dihasilkan oleh hutan buatan manusia.

OBJEKTIF

                    Untuk terus menggalakkan penubuhan perladangan hutan komersil.

                    Untuk mengekalkan bekalan bahan mentah bagi industri perkayuan.

                    Untuk meningkatkan pelaburan di dalam industri perkayuan.