Pengurusan Korporat
Kenyataan Pengerusi FPDSB

  

Salam Sejahtera, Salam Perpaduan dan Salam Keluarga Malaysia.

Pertama sekali saya ingin mengucapkan selamat datang ke laman web rasmi Forest Plantation Development Sdn Bhd (FPDSB). Laman web ini merupakan salah satu medium komunikasi di antara FPDSB dan masyarakat umum  untuk mendapatkan maklumat mengenai peranan, tugas serta fungsi FPDBS yang bertanggungjawab terhadap pembiayaan Program Pembangunan Ladang Hutan (PPLH).

Dengan misi FPDSB untuk meningkatkan pembangunan perladangan hutan komersil yang mampan di Malaysia melalui perkhidmatan lanjutan berkualiti tinggi adalah diharapkan agar laman sesawang ini mampu memberi informasi berkaitan dengan jelas dan telus.

Saya selaku Pengerusi FPDSB  ke-7 akan berusaha dengan sedaya-upaya merealisasikan visi dan misi organisasi ini agar dapat berfungsi sebagai rujukan yang berguna untuk mendapatkan maklumat terkini dan menyeluruh di dalam industri kayu di Malaysia.

Sekian, terima kasih.

YB Tuan Paul Yong Choo Kiong
Pengerusi FPDSB